Bengkel Terinai Perlis
Bengkel Terinai Perlis merupakan salah satu program Restorasi Terinai Perlis kolaborasi antara Jabatan Tari, Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya dan Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Program ini juga ditaja oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan disokong oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).
Bengkel Terinai Perlis ini akan dilaksanakan selama 3 hari iaitu dari 7 - 9 Oktober 2022 pada pukul 9.30 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya. Bengkel ini sangat istimewa kerana diketuai oleh pakar atau tokoh Terinai iaitu Dr. Zamin Haroon yang lebih dikenali dengan nama Dr. Chandrabhanu Haroon; dibantu oleh ketua penyelidik Encik Mohammad Khairi Mokthar serta empat (4) pembantu projek Restorasi Terinai Perlis iaitu Norsafini Jafar, Ng Xin Ying, Mohd. Hafzal Aziz dan Mohd Yunus Ismail.
Bengkel ini terbuka kepada mereka berusia 13 tahun dan ke atas. Para peserta boleh mempelajari frasa asas daripada pelbagai repertoir Terinai seperti Terinai Mengadap, Selom, Dewa Raja, Dudui, Sri Indra dan Putra Mahkota. Sijil penyertaan disediakan untuk setiap peserta. Jadual bengkel adalah seperti tentatif di bawah:
Yuran Penyertaan (Pilihan: minimum 2 slot)
a) RM20 untuk 2 slot
b) RM30 untuk 4 slot
c) RM40 untuk 6 slot
Nota: Penyertaan adalah terhad kepada 50 peserta sehari. Untuk pendaftaran, sila imbas kod QR atau klik pada pautan di bawah: