• Faculty of Creative Arts
  • creativearts@um.edu.my
  • 03-7967 3288
logo
logo

TEATER WANITA

Feb 05, 2024
08.30 PM - 10.30 PM
Experimental Theatre, Universiti Malaya
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Sejahtera / Greetings,

B E R M U L A   M A L A M   I N I !

KHUSUS UNTUK WARGA UM:
Jabatan Drama, Fakulti Seni Kreatif akan mementaskan sebuah teater berjudul "Wanita dan Senjatanya" terjemahan dan adaptasi daripada naskhah moden Amerika "Fefu and Her Friends" karya Maria Irene Fornes. Persembahan ini diarahkan oleh Dr Marlenny Deenerwan. Oleh kerana dialog dan kandungan drama ini yang sedikit eksplisit (tidak melampau), ia diklasifikasi sebagai 18PG, khusus untuk tontonan mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas sahaja.
SINOPSIS:
Sekumpulan wanita iaitu FINA, WINNY, NONI, EMMA, JULIA dan SUE mengadakan pertemuan di rumah Fina, untuk melaksanakan latihan bagi sebuah acara di sekolah rendah anak-anak mereka. Sementara menunggu semua orang berkumpul, kejadian-kejadian pelik terdedah, seperti permainan tembak-menembak antara Fina dan suaminya Syam. Tetapi apabila semua mereka berhimpun untuk memulakan latihan, pertemuan yang sepatutnya menggabungkan idea mengenai acara anak-anak mereka, bertukar menjadi tragedi hitam apabila trauma dalam hidup mereka dibawa masuk bersama.
MAKLUMAT PEMENTASAN:
Tarikh: 5 - 7 Februari 2024
Tempat: Panggung Eksperimen Universiti Malaya
Masa: 8.30 malam

Untuk membuat tempahan tiket, sila klik pautan (Google Form) dibawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfYZEx1-0Dj3dFoHOPHC1Toi44KeVN-g64YUnS-kM4hVRC2wg/viewform

Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai pembelian tiket, sila berhubung dengan: Elly (+60 16 694 5509) 

INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT BAGI PEMENTASAN TEATER WANITA DAN SENJATANYA? IKUTI LAMAN SOSIAL KAMI @pedra_um 👇🏻

Instagram 🔗
https://www.instagram.com/pedra_um?igsh=Nng4MmYyazVpdmFo

Highlights