Bengkel drama ini merupakan kolaborasi antara Jabatan Drama PKUM bersama pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur. Seramai 100 orang pelajar dan pensyarah dari IPG menghadiri bengkel dua hari ini dan dibimbing oleh para pelajar pasca siswazah Jabatan Drama. Antara aktiviti yang diadakan adalah kelas Asas Lakonan, Asas Vokal, dan Asas Pergerakan.





