• Faculty of Creative Arts
  • creativearts@um.edu.my
  • 03-7967 3288
logo
logo

KARNIVAL TEATER UNIVERSITI MALAYA 2020

Jun 07, 2021
12.00 AM - 12.00 AM
Panggung Eksperimen, Universiti Malaya

Karnival Teater Universiti Malaya 2020@KARVITER 2020 merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya, bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya. KARVITER 2020 ini merupakan penganjuran kali ke-10 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej-Kolej Kediaman, Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda serta Pusat Teknologi Maklumat. KARVITER 2020 tahun ini akan diadakan pada 18 Februari hingga 1 Mac 2020. Sebanyak 10 buah kolej kediaman bakal berentap untuk merebut gelaran juara pada tahun ini. Kolej-kolej yang terlibat dan karya mereka adalah seperti berikut: 

• Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman (KK1) - It’s not Complicated 

• Kolej Kediaman Tuanku (KK2) - Badut

• Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (KK3) - Tetamu Tanpa Diundang

• Kolej Kediaman Bestari (KK4) - Sedatok Kono

• Kolej Kediaman Dayasari (KK5) - Kali

• Kolej Kediaman Za'ba (KK7) - TylcKooUnS (TYCOON)

• Kolej Kediaman Kinabalu (KK8) - Keranda 13

• Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9) - Amok

• Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (KK10) - Barabah

• Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12) - Lion and The Jewel (Singa dan Permata)

Program ini diadakan bagi mengangkat karya dan bakat mahasiswa/i ke sebuah pentas yang gilang-gemilang. KARVITER 2020 ialah persembahan seni teater yang menilai pengarahan teater, seni lakon dan sinografi (penataan cahaya,penataan busana dan tatarias, rekaan kesan khas, rekaan set dan prop). KARVITER 2020 ini juga membuka peluang kepada mahasiswa/i meraih pengalaman dalam bidang pengurusan teater. Penutup kepada program KARVITER 2020 ini diakhiri dengan sebuah acara kemuncak yang dinantikan iaitu Malam Anugerah KARVITER 2020 pada 1 Mac 2020. Acara ini bakal memperlihatkan 20 anugerah yang dipertandingkan berdasarkan karya-karya kreatif pelajar yang telah dipersembahkan. Acara ini juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan khas dalam kalangan pengiat-pengiat teater dan peminat seni tanah air. 

[INFO PEMBELIAN TIKET KARVITER 2020]

• Kaunter tiket akan dibuka seawal 6 petang hingga 7:30 malam bertempat di Foyer Panggung Eksperimen, Universiti Malaya.

• Penonton DIBENARKAN untuk membeli 3 keping tiket sahaja.

• Tempahan awal untuk pembelian tiket adalah TIDAK DIBENARKAN.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Seksyen Perkhidmatan dan Kesenian : 03-79673456 / 03-79673348 / Amira Azari: 017-7204841 / Muiz Ahmad Yusrin: 019-4157899

Email: karviterum@gmail.com      Facebook: Karnival Teater Universiti Malaya       Instagram: @karviter2020

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/karviter2020/

FACEBOOK: https://www.facebook.com/KarviterUM/

Highlights