• Faculty of Creative Arts
  • creativearts@um.edu.my
  • 03-7967 3288
logo
logo

Pementasan Teater Moden "Perempuan-Perempuan Kampong Bharu"

Feb 07, 2025
08.30 PM - 11.00 PM
Panggung Eksperimen Universiti Malaya

Pementasan Teater Moden
"Perempuan-Perempuan Kampong Bharu"

Poster Pementasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jabatan Drama, Fakulti Seni Kreatif berbesar hati mengundang seluruh warga Universiti Malaya untuk hadir menyaksikan pementasan teater moden berjudul "Perempuan-Perempuan Kampong Bharu", sebuah karya dan arahan Dr Marlenny Deenerwan, dipersembahkan oleh para pelajar Jabatan Drama, Fakulti Seni Kreatif.

📅 Tarikh: 7 & 8 Februari 2025

đŸ•Ŗ Masa: 8.30 malam

📍 Tempat: Panggung Eksperimen, Universiti Malaya

🎟 Tiket: RM15 (Pelajar) / RM20 (Awam)

Sinopsis

Kisah berlaku di tengah-tengah meletusnya pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Dayang membawa adiknya Ros, tinggal sementara di rumah sewanya di Kampong Bharu, sementara mendapat kerja dan rumah sewa yang lain. Turut menyewa bersama di rumah itu adalah Awin dan Jijie.

Dalam masa yang sama, anak kepada tuan rumah mereka, Haji Madnan, iaitu Kamaluddin, datang dan memberitahu tentang persetujuannya menandatangani urusan pengambilan tanah oleh kerajaan di Kampong Bharu. Hal ini menjadi besar apabila diketahui oleh Makcik Fatin Atiqah, jiran mereka yang juga merupakan tiga pupu kepada Haji Madnan.

Konflik meletus apabila Haji Madnan dan Kamaluddin bersemuka di rumah sewa itu dan bertelagah mengenai isu tanah berkenaan. Memburukkan lagi keadaan apabila Makcik Fatin Atiqah menunjukkan gambar viral seorang lelaki sedang menghisap rokok di tingkap bilik rumah perempuan-perempuan itu.

Kisah ini adalah kisah kehidupan manusia-manusia yang cuba mengikut rentak budaya, sosial dan ekonomi pembangunan negara di zaman baharu ini. Semua isu cuba diselesaikan satu demi satu, tapi tidak semestinya semua akan selesai. Terutama jika kuasa penyelesaian bukan di tangan mereka.

Tempah Tiket Sekarang

Atau imbas kod QR di bawah:

QR Code

ℹī¸ Untuk maklumat lanjut, hubungi: 018-245 5041 (Fatih)

Highlights