• Faculty of Creative Arts
  • creativearts@um.edu.my
  • 03-7967 3288
logo
logo

PERSEMBAHAN KESENIAN MALAYSIA-INDONESIA

Jun 20, 2023
08.30 PM - 12.00 AM
Panggung Eksperimen Universiti Malaya

Program Hubungan Budaya Malaysia-Indonesia

20 Jun 2023, (Selasa), 8.30 malam

Panggung Eksperimen, Universiti Malaya

Fakulti Seni Kreatif dengan kerjasama Universiti Malaya Cultural & Heritage Research Centre (UMCHRC), UMCares, Universitas Negeri Padang, Indonesia serta Persatuan Warga Tigo Luhah Tanjung Tanah Malaysia sedang menganjurkan Program Hubungan Budaya Malaysia-Indonesia. Program ini merupakan sebahagian daripada kegiatan hubungan komuniti Universiti Malaya dengan pemegang taruh serta program mobiliti Universiti Malaya dengan universiti luar negara. Program ini akan berlangsung pada 20 Jun 2023 / Selasa, jam 8.15 malam bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital.

Program selama 5 hari ini ini akan memuatkan kegiatan persembahan kesenian Minang, Kerinci dan Malaysia. Justeru, program ini akan mendedahkan kepada umum, warisan tradisi yang diwarisi oleh masyarakat Malaysia dan Indonesia serta masyarakat Diaspora Indonesia yang berada di negara ini khususnya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur di mana majlis pelancaran persatuan dan kumpulan kesenian Diaspora Kampung Kerinchi yang turut akan berlangsung pada malam tersebut sebagai perlambangan asimilasi budaya yang diwarisi oleh masyarakat diaspora hasil hubungan budaya di antara Malaysia – Indonesia.

Dimeriahkan pula oleh duta kecil daripada universiti terkemuka di negara jiran kita iaitu  44 orang siswa siswi bersama 6 orang pensyarah daripada Universitas Negeri Padang, Indonesia. Diserikan lagi oleh ketua adat Kerinci, Desa Tanjung Tanah, Jambi Indonesia serta komuniti keturunan Kerinchi, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Ini jelas memperlihatkan bahawa Siri Program Mobiliti Fakulti Seni Kreatif melaksanakan inisiatif penting dalam memperkukuh hubungan budaya antara Malaysia dan Indonesia, dua negara yang memiliki banyak kesamaan budaya, sejarah, dan Bahasa ini. Selain persembahan kebudayaan, aktiviti lain yang turut dijalankan adalah (bengkel akademik dan praktik) pertukaran budaya Malaysia-Indonesia, lawatan sambil belajar ke Muzium Seni Asia, Perpustakaan Universiti Malaya, Pusat pentadbiran Putrajaya, Pasar Seni dan KLCC. Delegasi tiba ke Universiti Malaya pada 19 Jun pagi dan pulang ke tanahair pada 23 Jun 2023.

Highlights